Select Page

Ancaman Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

 

Apa Itu Penyakit HFMD?

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) sering kali dianggap sebagai penyakit yang teruk kerana lepuh yang timbul di kulit. Namun, HFMD sebenarnya adalah penyakit yang tidak serius dan boleh sembuh dengan sendiri dalam tempoh tujuh hingga 10 hari.

 

Penyakit ini bersifat ‘self-limiting,’ yang bermakna ia akan sembuh dengan sendirinya tanpa memerlukan rawatan yang intensif.

 

penyakit hfmd 2

Sumber : HealthXChange

 

Punca HFMD

Dr. Azhar Napis, seorang Pakar Pediatrik di Hospital Columbia Asia Iskandar Puteri, menjelaskan bahawa HFMD disebabkan oleh virus dari kumpulan coxsackie enterovirus, terutama coxsackievirus A16. Virus ini menyebabkan lepuh pada tangan, kaki, mulut, serta kawasan yang memakai lampin.

 

Siapa Yang Berisiko?

HFMD sering menjangkiti kanak-kanak di bawah usia 10 tahun, namun ia juga boleh menular kepada kanak-kanak yang lebih tua dan orang dewasa.

 

Virus ini merebak melalui sentuhan langsung dengan cecair dari lepuh, hidung, dan cecair tekak termasuk air liur, kahak, atau hingus.

 

Gejala HFMD

Antara simptom utama HFMD termasuklah

– Demam

– Sakit tekak

– Lepuh kecil dalam mulut, di tepi lidah, tapak tangan, jari, tapak kaki, dan kawasan yang memakai lampin

– Kanak-kanak akan meragam, letih, dan tidak berselera makan

 

penyakit hfmd 2

Sumber : Selangor Kini

 

Tempoh Penyembuhan

Pesakit biasanya dijangkiti HFMD dalam tempoh tujuh hingga 10 hari. Virus ini juga boleh kekal dalam najis selama beberapa minggu selepas lepuh di kulit hilang.

 

Oleh itu, kebersihan sangat penting untuk mengelakkan penularan.

 

Langkah Pencegahan Penyakit HFMD

Dr. Azhar juga berkongsi beberapa langkah pencegahan untuk HFMD:

  1. Mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas menyentuh pesakit.
  2. Membasuh pakaian atau mainan yang mungkin terkena virus dengan bersih.
  3. Menutup mulut ketika bersin menggunakan lengan.
  4. Tidak berkongsi peralatan makanan dan minuman.
  5. Tidak berkongsi barangan kebersihan diri seperti tuala, sabun, berus gigi, dan pakaian.
  6. Memastikan kanak-kanak yang dijangkiti tidak menghadiri sekolah atau pusat jagaan sehingga sembuh dan memaklumkan keadaan anak kepada pihak sekolah atau pusat jagaan.

 

Dengan pengetahuan dan langkah pencegahan yang tepat, HFMD dapat diuruskan dengan lebih baik tanpa perlu panik.

Anda juga boleh mengeringkan bintik-bintik hfmd dengan pantas disini.

Pastikan untuk selalu mengutamakan kebersihan dan segera dapatkan nasihat doktor jika terdapat gejala yang membimbangkan.

 

Suber asal :  Hmetro